Tuesday, 27 December 2016

Cara Cepat Menghilangkan Jerawat & Jeragat

Cara Cepat Menghilangkan Parut Jerawat & Jeragat Secara Semula Jadi

Sering kali kita akan didatangi masalah kulit seperti jerawat. Tidak cukup dengan itu, kita juga perlu menghadapi masalah parut jerawat yang sukar untuk dihilangkan.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan bagi menghilangkan parut jerawat degil sama ada melalui pembedahan laser, menggunakan produk-produk kecantikan mengikut rekomendasi doktor atau produk sedia ada di pasaran dan secara tradisional (semula jadi).

Rawatan secara semula jadi sememangnya jauh lebih murah kerana kebiasaanya bahan-bahan mudah diperolehi daripada dapur rumah anda.

GUNA KULIT LIMAU

Kandungan vitamin C dan AHA yang tinggi terdapat dalam kulit limau terbukti mampu membersihkan pori-pori kulit yang memerangkap debu dan kotoran. Gabungan vitamin C dan AHA ini juga dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Amalkan setiap hari dan dalam masa beberapa minggu untuk mendapatkan kulit wajah bebas daripada parut jerawat.
  1. Jemur kulit matahari di bawah matahari selama beberapa hari sehingga kering
  2. Hancurkan atau kisar kulit limau sehingga menjadi serbuk
  3. Tambah air pada serbuk kulit limau dan adun sehingga sebati
  4. Ratakan sebatian kulit limau itu pada wajah yang berjerawat dan biarkan selama 5-10 minit
  5. Bilas muka dengan air sehingga bersih

GUNA LEMON

Kulit kita memiliki sistem kolagen tersendiri dimana berfungsi sebagai pembentukan sel kulit baru bagi menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Namun, setiap individu mengalami perbezaan yang ketara dari segi penghasilan kolagen bergantung kepada faktor pemakanan dan juga aktiviti seharian.

Tidak ramai yang tahu bahawa lemon dapat meransang penghasilan kolagen pada kulit dan pembentukan sel kulit baru. Penggunaan lemon juga adalah salah satu cara memutihkan kulit dan menghilangkan parut jerawat di wajah anda.
  1. Ambil sebiji lemon dan tekankan lemon untuk mendapatkan lebih banyak perahan
  2. Potong kepada dua bahagian, kemudian perah jus lemon kedalam bekas
  3. Sapu perahan lemon pada kawasan parut jerawat di muka
  4. Biarkan selama 15-20 minit, bilas muka sehingga bersih dan keringkan dengan tuala bersih
  5. Amalkan sekali setiap hari dan gunakan pelembab setelah selesai kerana perahan lemon mampu membuatkan kulit menjadi kering

GUNA BAWANG PUTIH

Masalah kulit muka yang berjerawat juga boleh diselesaikan dengan menggunakan bawang putih. Tidak percaya bukan? Bawang putih mengandungi anti oksida dan anti bakteria yang mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat sekaligus membantu mengurangkan parut jerawat di wajah anda.

Tahukah anda bawang putih sudah lama digunakan dalam tradisi rawatan Ayurveda untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit. Jadi, jika anda merasakan produk sedia ada di pasaran tidak berkesan menghilangkan parut jerawat anda, cuba atasi masalah anda dengan manfaat yang terdapat pada bawang putih ini. 

Tumbuk 1-2 ulas bawang putih dan sapukan pada bahagian kulit muka yang bermasalah. Kemudian bilas muka dengan air sehingga bersih.

GUNA MASKER ALPUKAT DAN MADU


Alpukat atau lebih dikenali sebagai avocado kaya dengan nutrisi yang berupaya melindungi kulit dari sinaran matahari yang boleh menyebabkan parut jerawat semakin teruk. Madu pula dapat membantu meningkatkan proses pembetukan sel kulit baru dan mengurangkan radang pada kulit.
  1. Ambil sebiji alpukat dan kerat kepada dua bahagian
  2. Ambil isi buah alpukat dan letakkan dalam sebuah bekas 
  3. Hancurkan atau lenyek alpukat dan gaulkan dengan madu. kemudian perah sedikit lemon ke dalam adunan
  4. Ratakan sebatian ke seluruh permukaan wajah dan biarkan sehingga 15-20 minit
  5. Bilas dengan air dan keringkan permukaan wajah
  6. Amalkan sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu untuk kesan yang lebih memberansangkan
GUNA BAKING SODA
Baking soda adalah salah satu cara untuk membantu menghilangkan jerawat dan ianya sangat mudah didapati mahupun dari dapur anda. Bertindak sebagai ejen pengupasan dan mengurangkan lebihan minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati di permukaan wajah anda.
  1. Gaulkan satu sudu baking soda dengan sedikit air dan perahan lemon
  2. Bilas muka anda dan biarkan kulit dalam keadaan sedikit lembab. 
  3. Ratakan sebatian baking soda ke muka dan biar kering dalam beberapa minit. Peringatan, jangan biar terlalu lama kerana kulit akan menjadi kering dan mengalami iritasi
  4. Kemudian, bilas muka dengan air
  5. Amalkan sebanyak 2 kali sehari untuk kesan yang cepat.
Bonus: Disini beberapa tips mudah untuk menghilangkan parut jerawat anda agar mendapat keputusan yang menakjubkan
  1. Kurangkan terdedah dengan sinaran matahari
  2. Elakkan mencuci muka dengan menggunakan air panas
  3. Elakkan dari memicit jerawat
  4. Ambil kuantiti air yang mencukupi
  5. Pastikan tidur yang mencukupi dan elakkan berjaga sepanjang malam
  6. Melakukan aktiviti senaman badan yang teratur

Nak Cara Lagi Cepat Hilangkan Jerawat & Jeragat?

Bluebell Radiance Series diformulasikan bagi menaikkan seri wajah secara dalaman dan semula jadi. Rumusan dari Licorice dan Kojic Acid ini juga dapat membantu mencerahkan  kulit anda serta melambatkan proses penuaan serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat.

KLIK SINI INFO MENGENAI BLUEBELL RADIANCE SERIES

No comments:

Post a Comment